Monday, March 23, 2009

LDP (PEKA - PMR)








Tarikh : 23 Mac 2009
Jam : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Makmal A SMKPP

Satu kursus dalaman yang bertemakan "Pelaksanaan serta Pengurusan Laporan PEKA PMR" telah diadakan seperti ketetapan di atas. Cikgu Ismi telah diberi mandat untuk menerangkan Pelaporan dan Pengurusan PEKA PMR kepada semua panitia sains kerana beliau telah mendapat taklimat PEKA peringkat negeri Kedah di IPDA pada tahun 2008. Taklimat beliau pada kali ini adalah berfokuskan kepada kaedah bagaimana utk menyelaraskan pengurusan tajuk-tajuk laporan PEKA pelajar agar tidak berlaku kekurangan dalam menilaikan hasil laporan pelajar mengikut kontruks-kontruks yang telah ditetapkan. Terdapat 17 jenis kontruks yang harus dinilaikan terhadap laporan PEKA Sains PMR. Semua bahan samada bentuk laporan, borang laporan dan hal yang berkaitan dengan PEKA boleh diperolehi daripada Ketua Panitia Sains Pn. Wan Rosnita Bt. Wan Seman. Semoga dengan terlaksananya taklimat ringkas ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru-guru sains dalam hal pengurusan Laporan PEKA pelajar dan siap mengikut kerangka jangka masa yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online