Tuesday, August 3, 2010

Morning Glory

Seperti tahun-tahun sebelum ini Program Morning Glory telah berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah diatur. Bermula pada Khamis minggu lepas ia telah dilaksankan seawal pagi iaitu 7.00 pg selama 30 jam sahaja. Semoga dengan program sebegini, pelajar2 akan mudah memberi idea dalam menjawab kertas 2 sains serta pembelajaran yang paling optimum...

Pertandingan Roket Air Daerah Baling/SIk




29 Julai 2010 yang lalu, SMK Parit Panjang buat julung kalinya telah menyertai pertandingan roket peringkat daerah Baling/Sik untuk tahun 2010. Walaupun tidak berjaya meraih tempat pertama hingga ke3 namun keseronokan jelas terpandang di setiap wajah pelajar-pelajar yang telah bertungkus lumus utk menyiapkan replika roket tersebut. Disamping dapat melihat lain-lain roket dari sekolah jiran, mereka juga dilatih untuk membuat pengurusan untuk bertanding. Tahniah dan syabas...Rekod Target SMKPP 3.2 meter, Roket Paracut : 26 saat. Satu jangka masa yang akan cepat dalam pelancaran....

Anugerah Terbaik MP Sains Mengikut Tingkatan




Syabas dan tahniah kepada semua pelajar terbaik sains bagi setiap tingkatan dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Semoga dengan insentif yang diberi akan meningkatkan lagi usaha pelajar bagi yang telah menerima hadiah dan menjadi motivasi untuk terus bersaing bagi pelajar yang tidak bernasib baik...Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Tn. Hj. Khadri bin Salleh sendiri pada perhimpunan pagi 1 Ogos 2010. Tahiah sekali lagi.

Tuesday, April 28, 2009

Mesyuarat Panitia Sains




Mesyuarata Panitia Kali Ke-2 telah diadakan pada 28 April 2009. Banyak hal yang telah diperbincangkan dalam usaha utk memperbaiki mutu serta kualiti secara menyeluruh bagi matapelajaran sains. Diberitahu juga di sini bahawa SMK Parit Panjang telah menerima anugerah akademik dalam kategori sekolah harian biasa yang menduduki tempat pertama dalam Daerah Baling/Sik bagi pencapaian matapelajaran Sains PMR dan SPM.Tahniah dan syabas. Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan serta usaha utk mempertingkatkan lagi jumlah peratus itu dapat diteruskan lagi.

Sunday, April 19, 2009

Learn More Science Activity - 11 April 2009

Cardiovascular system /Sistem Kardiovaskular


Monday, March 23, 2009

LDP (PEKA - PMR)








Tarikh : 23 Mac 2009
Jam : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Makmal A SMKPP

Satu kursus dalaman yang bertemakan "Pelaksanaan serta Pengurusan Laporan PEKA PMR" telah diadakan seperti ketetapan di atas. Cikgu Ismi telah diberi mandat untuk menerangkan Pelaporan dan Pengurusan PEKA PMR kepada semua panitia sains kerana beliau telah mendapat taklimat PEKA peringkat negeri Kedah di IPDA pada tahun 2008. Taklimat beliau pada kali ini adalah berfokuskan kepada kaedah bagaimana utk menyelaraskan pengurusan tajuk-tajuk laporan PEKA pelajar agar tidak berlaku kekurangan dalam menilaikan hasil laporan pelajar mengikut kontruks-kontruks yang telah ditetapkan. Terdapat 17 jenis kontruks yang harus dinilaikan terhadap laporan PEKA Sains PMR. Semua bahan samada bentuk laporan, borang laporan dan hal yang berkaitan dengan PEKA boleh diperolehi daripada Ketua Panitia Sains Pn. Wan Rosnita Bt. Wan Seman. Semoga dengan terlaksananya taklimat ringkas ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru-guru sains dalam hal pengurusan Laporan PEKA pelajar dan siap mengikut kerangka jangka masa yang telah ditetapkan.

Tuesday, March 10, 2009

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ???.


Kedudukan jerawat dan info
DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin
terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk
tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak


HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah
Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman
tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau
sistem reproduksi


DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah.
Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd
haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan,
menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat
dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan
lebih baik.

 

blogger templates | Make Money Online