skip to main |
skip to sidebar
Membuat blog mendorong saya membaca. Sekurang-kurangnya membaca untuk mendapatkan maklumat tentang blog. Sebelum ini pengetahuan saya tentang blog adalah kosong. Terdorong untuk membuat blog apabila mendapat tunjuk ajar dari Ust Alang SK Sg. Lalang.
Disamping perasaan ingin tahu tersebut mendorong saya membaca dan seterusnya mencuba dan mencuba dan akhirnya terciptalah web blog sekolah (http://mgksmkpp.blogspot.com/).Untuk pengisian blog terutama membuat ‘posting’ memerlukan kemahiran mengarang dan bukan sekadar ‘cut and paste” maklumat orang sahaja. Sekali lagi ianya mendorong saya untuk membaca bagi mendapat sumber maklumat. Segala-galanya dengan membaca, membaca, membaca dan membaca…
Terjumpa suatu artikel tentang membaca untuk dikongsi bersama melalui blog MOFABAHA Http://mofabaha.blogspot.com/ dimana ada di tulis oleh Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab, pengasas dan pemilik Colour Vibration Therapy; katanya beliau lebih suka memenuhkan masanya dengan membaca dan membuat penyelidikan. Bagi beliau hidup tidak bermakna dan badannya menjadi tidak sihat kalau tidak dapat membaca didalam satu hari. Beliau akan mengambil masa yang sesuai untuk membaca walaupun sibuk. Kata Dr. Norhisham, membaca adalah terapi otak yang paling sihat berbanding senaman, yoga ataupun bermeditasi. Bagi beliau hanya melalui membaca dan kuasa berfikir yang boleh mengekalkan tahap kesihatan.
Membaca dan berfikir secara konsisten boleh menajamkan imaginasi dan dapat membakar kalori dari makanan sepenuhnya. Ia juga terapi otak yang yang paling baikkerana otak sentiasa diransang untuk menghasilkan cas-cas elektrik daripada electron yang akan menyingkirkan kolestrol jahat di dalam otak.
Tambahnya lagi penyingkiran kolestrol jahat yang disebabkan oleh membaca boleh membersihkan darah daripada asid urik yang membawa kepada berbagai masalah kesihatan.
Menurutnya, masalah masalah gastric dan migraine adalah berpunca daripada zat-zat makanan yang berlebihan tidak ditukar menjadi tenaga untuk berfikir. Jadi kalau nak elakkan terkena gastric dan migraine, banyak-banyaklah membaca dan berfikir.
Yang lain saya serahkan kepada anda untuk berfikir. Fikirkanlah.
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) sebelum tidor dan selepas bangun tidor. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
- Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya....... WallahuA'lam Sabda nabi: " Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Salam sejahtera semua.Tahniah diucapkan kepada Cikgu Ismi kerana telah membawa panitia sains SMKPP setapak lagi kehadapan dalam pembinaan laman blog Panitia Sains SMKPP mulai tahun 2009. Saya fikir banyak perkara dalam hal pedagogi yang dapat semua guru-guru diseluruh dunia amnya memberi buah fikiran yang terbaik dalam pembentukan kualiti pengajaran dalam erti kata pendidikan berasaskan ICT. Insyallah dengan terbinanya ruang blog ini dapat kita memberi manafaat kepada kita semua.Wassalam
blogger templates | Make Money Online